Monday, 13 August 2012

Setiap Agensi kerajaan adalah perlu memperkenalkan inovasi atau idea-idea baru dalam semua aspek kerja untuk menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti. Perubahan-perubahan ini boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti pengenalan teknologi yang baru, perubahan-perubahan prosedur yang boleh menjimatkan tenaga, masa dan kos, dan dengan itu meningkatkan penghasilan kerja. Sebagai penjawat awam di KPM, guru juga tidak terlepas daripada memperkenal dan melaksanakan sesuatu inovasi dalam perkhidmatan mereka.

Klip video ini menggambarkan sesuatu inovasi itu berlaku dan  kesannya ke atas seseorang individu.


Penggunaan Teknologi Dan Maklumat

Apakah yang anda faham mengenai penggunaan teknologi maklumat pada masa kini?



Ciri-Ciri Pembelajaran Elektronik (E-Learning)

Terdapat beberapa ciri yang dapat dilihat menerusi Pembelajaran Elektronik (E-Learning). Adakah anda tahu ciri-ciri tersebut?




Kebaikan dan Keburukan E-Learning

Pembelajaran Elektronik (E-Learning) mempunyai kebaikan dan keburukannya.





Pembelajaran Elektronik (E-Learning)

Kini, penggunaan teknologi kian pesat berkembang dan komputer menjadi salah satu alat inovasi. Pelbagai jenis maklumat dapat diperoleh melalui satu klik sahaja. Justeru, pembelajaran elektronik adalah satu istilah umum yang merujuk kepada pembelajaran yang berlaku dengan menggunakan komputer dan internet.




Perbandingan dan Persamaan Pembelajaran Berasaskan Projek Dan Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pembelajaran Berasaskan Projek dan Pembelajaran Berasaskan Masalah merupakan perkara yang berbeza. Namun begitu, terdapat juga persamaan yang dapat dilihat di antara pembelajaran ini.




Langkah-langkah Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek

Sebagai guru, kita perlu mengetahui strategi pengajaran yang berkesan. Berikut merupakan langkah-langkah pelaksanaan berasaskan projek bagi memastikan projek yang dirancang berjalan dengan lancar dan berkesan terhadap murid.





Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran Berasaskan Projek sering dilakukan oleh guru di sekolah. Membuat projek menjadi satu kaedah berbentuk pengukuhan pembelajaran sejak sekian lama. Adakah anda tahu mengenai Pembelajaran Berasaskan Projek?




Inovasi Dan Perubahan Dalam Pendidikan

Apakah yang anda faham mengenai inovasi dan perubahannya dalam sistem pendidikan kini?






Friday, 20 July 2012

Keratan Majalah

Pada hari ini, pendidikan semakin berkembang pesat dan mengalami perubahan dari semasa ke semasa sejajar dengan perkembangan dunia yang kian membangun. Oleh itu, dalam konteks pendidikan , tugas guru semakin bertambah dan guru perlu berubah dan lebih berfikiran terbuka dan kreatif dalam menghadapi perubahan pada masa kini. Justeru, guru yang inovatif amat penting pada masa kini sejajar dengan perkembangan pendidikan yang berlaku pada masa kini.





Thursday, 19 July 2012

Selain itu, dalam majalah pendidik turut memaparkan rencana berkenaan dengan guru. Sejajar dengan tema Hari Guru tahun ini yang bertemakan "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara" menunjukkan bahawa guru berperanan besar dalam membuat perubahan dalam dunia pendidikan. Rencana ini juga menyatakan bahawa betapa pentingnya peranan guru dan pendidik untuk menyemarakkan aspirasi negara.